Showing posts with label Ucapan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Penulis. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Terima Kasihku Kepadamu Cikgu

Teks : Nor Azua Ruslan

[ Selamat Hari Guru 16 Mei 2014 ]



Entri khas ini saya tujukan terutama buat Ibu saya Norhizan Omar yang telah mendidik & membesarkan saya serta SEMUA GURU / MAJIKAN / RAKAN yang telah berjasa dan memerah keringat mengajar dan mendidik saya di institusi pendidikan dan akademi / bengkel seperti berikut:

  • Tadika Islam Seksyen 8, Shah Alam
  • SRK Seksyen 6 Shah Alam, 
  • SK Taman Selaseh Fasa 2
  • SMK Hillcrest
  • SM Sains Teluk Intan
  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Universiti Sains Malaysia, School of HBP
  • T.R. Hamzah & Yeang Sdn Bhd
  • Z&SR Architectural Ventures Sdn. Bhd.
  • University of Manchester, Manchester School of Architecture
  • Manchester Metropolitan University
  • PWD Malaysia
  • Bengkel Branding Nisa Nua
  • Akademi Bekerja Di Rumah
  • Yasalma Sewing School
Juga buat guru-guru yang mengasuh dan mendidik bidadari kecil saya, Nur Sarah Adriana Mohd Suhelmy di:
  • Taska Cahaya Cerdik Pintar, Presint 9, Putrajaya
  • Playgroup Excel Khalif

Terima kasih yang tidak terhingga dan saya sayang kalian semua. Semoga Allah memberkati segala usaha kalian dalam mendidik kami menjadi khalifah yang berguna di bumi Allah ini.


Salam sayang,
Nor Azua Ruslan

Penulis,

Pengasas,

Pengurus Online,
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]


Thursday, 1 May 2014

Wah! Seronoknya Cuti

Teks: Nor Azua Ruslan



Sumber imej : Google


Bagi wanita bekerjaya seperti saya, tentunya hari Cuti umum adalah hari yang paling seronok sekali. Tak perlu tergesa-gesa siapkan anak nak ke taska hari ini. Tak perlu bersesak-sesak di jalan raya nak ke tempat kerja dan tak perlu terkejar-kejar nak punch card dan kalau-kalau punch card tadi bertukar merah, tak perlu susah hati.

Hari cuti adalah hari yang ditunggu-tunggu kita semua. Semangat pun jadi luar biasa bila pulang dari tempat kerja, bila sudah sedia maklum esoknya cuti, hati pun berbunga-bunga. Tenaga pun tiba-tiba berganda-ganda bila mula sedia hidangan makan malam pelbagai acara. Ada sayur pak choi goreng, telur bistik dan ikan siakap tiga rasa. Walhal kalau esoknya masih bekerja, badan longlai, rasa tak nak buat apa-apa melainkan rilek-rilek sahaja. Mula berangan-angan kalau hari-hari cuti alangkah indahnya.

Bagi wanita yang tidak bekerja lain pula kisahnya. Hari cuti sama sahaja. Rutin macam biasa. Ada yang kata, wanita tidak bekerja tiada hari rehat sedunia. Namun, untungnya wanita tidak bekerja lebih fleksible dengan masa. Dan masa-masa diharungi oleh mereka di rumah sangat berharga. Tidak ternilai berbanding wang dan harta. Semuanya demi masa depan anak dan keluarga. Mungkin di mata kasar, mereka duduk di rumah tidak bekerja. Tapi ketahuilah pekerjaan mereka adalah yang paling sempurna di mata Yang Esa. Justeru ramai wanita yang bekerjaya zaman sekarang bercita-cita pula mahu bekerjaya dari rumah supaya dapat menikmati masa yang berharga seperti mereka. Contohnya, seperti saya.

Sekian sahaja pantun berpuluh kerat dari saya. Saya pun tak perasan rupanya tulisan saya hari ini sama iramanya.

Selamat Hari Pekerja Untuk Semua Wanita
Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta.

Salam Penuh Kasih Sayang,

NOR AZUA RUSLAN
Penulis: [ Panduan Rekabentuk : Dekorasi dan Jahitan ]