Monday, 26 May 2014

Panduan Dekorasi Meja Manisan (Candy Table)

Teks : Nor Azua Ruslan


Sumber Imej : Koleksi Peribadi
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Hari jadi bidadari kecil saya yang bakal mengijak ke usia 2 tahun bakal tiba. Ada lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi. Walaubagaimanapun, hari jadinya jatuh ketika bulan Ramadhan. Saya pula dalam dilema bagaimana nak buat sambutan hari jadi anak pada bulan Ramadhan? Perlukah saya anjakkan tarikhnya? Tidak mengapa kerana saya masih ada masa untuk memikirkannya. Hari ini saya nak berkongsi panduan dekorasi meja manisan atau Candy Table. Saya berpeluang merekabentuk dan membuat sendiri semua hiasan / dekorasi candy table di majlis hari jadi anak saya pada tahun lepas. 

Candy Table ini telah menjadi trend semasa dan seolah-olah satu kemestian pula di majlis-majlis keraian samada majlis hari jadi, majlis akikah, majlis pertunangan atau kenduri kahwin. Jika anda berhajat untuk DIY sendiri candy table anda, silakan baca lanjut perkongsian saya seperti di bawah:







Fungsi candy table :
1. Meja utama / central attraction : Kek utama majlis diletakkan di sini, beserta manisan dan gula-gula yang lain untuk dihidang terutama kepada kanak-kanak. Di akhir majlis, biasanya tuan rumah akan membungkus manisan-manisan tersebut di dalam bungkusan sebagai buah tangan / door gift buat tetamu yang hadir.

2. Meja bergambar / photo booth : kebiasaannya ahli keluarga dan sahabat-handai yang datang akan bergambar di sini oleh kerana hiasannya yang unik membuat orang tertarik untuk bergambar kenangan.


Ciri-ciri yang ada pada Candy Table:
1. Tema - kebiasaannya tema candy table adalah kesinambungan  daripada tema yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Contoh tema ialah warna atau figura cartoon kesukaan orang yang diraikan.
2. Meja Hiasan - candy table biasanya mengunakan 
2. Backdrop - poster, garland,hiasan lain seperti belon
3. Cake stand - Kek birthday, biasanya diletakkan lebih tinggi berbanding manisan yang lain
4. Balang kaca  - pelbagai bentuk, saiz dan jenis-kebiasaannya jenis kaca jernih
5. Label - semua jenis manisan diberi nama dan dilabel dengan label yang mengikut tema.
6. Kek & manisan - pelbagai jenis manisan lain biasanya diletakkan di sini berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Antaranya cup cake, muffin, gula-gula, coklat bar atau bungkusan coklat, halwa, popsickle dan sebagainya.


Panduan DIY dekorasi candy table:

1.0 Tentukan Bajet dan Tema 
Tentukan bajet dan tema anda. Pilih tema yang mudah untuk direalisasikan tanpa belanja yang besar. Ikut kepakaran dan bajet masing-masing. Kebiasaannya tema diaplikasikan bermula daripada kad jemputan, kek utama, makanan, hiasan hinggalah kepada cenderamata.  Tema biasanya terdiri daripada beberapa kategori dan panduannya adalah seperti berikut:

1.1 Kategori  Warna
Warna Biru-  sesuai untuk anak Lelaki 
Warna Pink - sesuai untuk anak perempuan
Warna Hijau / Kuning atau Warna-warni - sesua untuk semua jantina
Kategori pilihan ini tidak memakan belanja yang agak  besar dan mudah direalisasikan.

1.2 Kategori Figura/Watak Filem 
Biasanya kanak-kanak mempunyai watak filem yang paling mereka minati. Namun kategori pilihan ini kadang kala memakan belanja yang agak besar dan sedikit sukar direalisasikan. Trend terkini: 
Watak Princess Sofia / Frozen - sesuai untuk anak perempuan
Thomas / Toy Story/ Cars - sesuai untuk anak lelaki

1.3 Kategori Jenama
Ada ibu yang memintai sesuatu jenama seperti Chanel , Hermes dan lain-lain. Kategori pilihan ini juga kadang kala memakan belanja yang agak besar namun mudah direalisasikan.

1.4 Kategori Minat / Hobi
Ada golongan bapa yang meminati atau mempunyai hobi dalam bidang sukan seperti bola sepak, badminton atau sukan kereta. Kategori pilihan ini juga kadang kala memakan belanja yang agak  besar namun mudah direalisasikan.

2.0 Rancang awal dan buat lakaran 
Buat rancangan awal sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis untuk:
- tentukan tema
- tentukan susunatur balang
- tentukan jenis manisan
- tentukan jenis dekorasi dan bahan yang akan digunakan


3.0. Buat kajian dan gunakan sumber PERCUMA
- lihat contoh2 di internet
- ada banyak template PERCUMA di internet 
- dapatkan idea

4.0. Guna apa yang ada dan elak pembaziran
- susunatur tinggi rendah, boleh guna kotak recycle. 
- guna balang yang sedia ada di rumah
- gunakan perabot sediada ada di rumah
- gunakan kreativiti dan stick to bajet anda

5.0. Dapatkan bantuan atau pinjam
- dapatkan bantuan ahli keluarga dan sahabat karib
- bertanya tentang di mana sumber yang murah
- pinjam peralatan dari mereka yang anda rasakan sesuai untuk digunakan

6.0  Mula rekabentuk dan gunakan perisian yang sesuai
- rekabentuk hiasan backdrop / rekabentuk garland atau poster
- rekabentuk label
- sticker untuk goody bag

7.0 Senaraikan dan mula membeli barang / tempah kek awal
- ribbon, kain, pembalut kertas, beg goodies,manisan
- Kek : Sila tempah 2 minggu awal dari tarikh majlis, bagi kek perkahwinan, 1 bulan sebelum majlis.

8.0 Beli berhemah / berjimat
Antara kedai-kedai yang harganya lebih murah berbanding kedai dekorasi yang pakar dalam hiasan majlis adalah Kedai 2 Ringgit, Daiso, Mr DIY, Kedai borong gula-gula/coklat . Barangan lain seperti beg kertas, cawan, pinggan, mangkuk, sudu dan garfu plastik, dolly paper, air mineral kecil dan sebagainya, anda boleh cuba dapatkan di Jalan Raja Bot berhampiran Kg Baru, Kuala Lumpur. Peruntukkan seharian di sini kerana ada banyak kedai yang anda boleh teroka.

9.0 Sabar 
Kadangkala apabila kita mahu buat sendiri, pelbagai benda tidak diduga berlaku. Mungkin barang yang kita mahu kehabisan stok atau kek yang kita mahu tiada sumber di mana kita nak cari pembuatnya, elakkan merungut. Bersabar dan terus mencari jalan adalah lebih baik

10.0 Bangun awal
Bangun awal pada hari majlis untuk membaiki di mana-mana kecacatan yang dirasakan perlu. Minta ahli keluarga dan sahabat terdekat datang awal juga untuk membantu anda kerana anda mungkin agak kalut pada hari tersebut.

Selamat mencuba ya pembaca sekalian. Oh! berikut ialah gambar-gambar hasil DIY saya pada tahun lepas. Saya masih memikirkan apalh temanya pada tahun ini pula:










Semoga bermanfaat
Jazakallah

No comments:

Post a Comment