Wednesday 30 April 2014

Ulasan eBook Belajar Asas Blog

Teks : Nor Azua Ruslan

    Imej : eBook Belajar Asa Blog karya Pn. Masayu Ahmad

Target Pembaca : Mereka yang sudah mahir dengan rekabentuk blog.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog dan ada asas menubuhkan blog serta mahir dalam rekabentuk blog. Ini kerana buku ini lebih kepada penerangan tentang bermulanya analisa dan penentuan tajuk blog kepada tips-tips supaya kita lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan blog secara konsisten. Pembaca juga diberi terus tugasan berbentuk 44 entri penulisan berdasarkan analisa yang telah dibuat. Justeru, sekiranya pembaca tiada asas dalam rekabentuk blog, agak sukar membina blog dan menyiapkan tugasan sekaligus berpandukan buku ini semata-mata. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri ketika membeli buku ini. Saya baca tetapi saya tidak praktikkan. Saya nampak ianya sedikit sukar untuk bermula memandangkan saya tidak mahir rekabentuk blog. Sudahnya, saya tidak buat blog pun.

Merekabentuk blog ibarat sebuah kedai dan seterusnya menentukan lokasi bagi ruang menyambut tetamu, sudut bacaan, kaunter pertanyaan dan kaunter bayaran. Tetamu yang hadir mestilah kita nak jamu dengan perkataan yang baik-baik bukan? Lazimnya tetamu blog datang mencari maklumat. Justure, pastikan hidangan informasi terkini  disajikan dari semasa ke semasa kerana blog ibarat kedai yang beroperasi 24 jam. Blog boleh menerima kehadiran tetamu 24 jam sehari. Uniknya, sebagai tauke kedai, kita hanya melayan tetamu secara maya. Pacakkan siap-siap semua informasi terkini yang tetamu cari. Tauke tak perlu berada 24 jam di kedai. Untung-untung tetamu yang datang boleh bertukar menjadi pelanggan.

Saya rungkaikan serba sedikit tentang buku ini:
1. Analisa : Bermula dengan menjawab soalan-soalan analisa tentang diri, anda dapat mengenalpasti kepakaran dan minat anda. Hasil analisis, anda akan dapat kenalpasti tajuk blog atau hala tuju anda pula. Ini kerana, penulis blog mestilah mahir dalam bidang masing-masing, barulah penulisan akan berkesan dan berpengaruh. Saya sendiri asalnya tidak tahu apa yang mahu saya tuliskan di dalam blog, namun setelah menjawab soalan-soalan analisa tersebut, saya dapati saya boleh gunakan kepakaran sedia ada untuk dimanfaatkan pembaca.

2. Penjenamaan : Anda akan belajar tentang penjenamaan di mana penjenamaan diri adalah yang paling berkesan. Setiap individu ada nama yang unik. Jenamakan Nama anda dulu sebagai tauke kedai. Tentunya pelanggan yang datang seronok dilayan oleh tauke kedai sendiri berbanding dilayan oleh pekerja-pekerjanya bukan?

3. Teknik Penulisan : Seterusnya bila kedai dah siap dan tauke kedai pun sudah bersedia menerima kunjungan tetamu, pelajari pula tips-tips penulisan yang berkesan dan berpengaruh yang akan membuat tetamu yang datang ke kedai tadi bertukar menjadi pelanggan pula. Secara peribadi, saya gelarkan teknik ini sebagai teknik memantapkan PR Skills.

Buku ini menjadi panduan utama saya sekarang. Jika ketandusan idea, segera saya rujuk kembali buku ini. Blog yang saya bina ibarat landasan saya, tajuk blog yang telah saya tetapkan ibarat destinasi saya. Sekiranya saya rasakan seolah sesat, saya akan rujuk kembali buku ini bagi memastikan stesen yang saya lalui itu adalah stesen yang menuju ke destinasi yang sama. Pendek kata, buku ini umpama peta perjalanan blog saya.

Jika anda mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tetapi tidak tahu asas dan langkah demi langkah. Ebook ini ada jawapannya. 
Semoga Bermanfaat

Jazakallah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara isi kandungan e-book ini ialah :
Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah 
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama

Buat anda yang tiada asas dalam pembinaan blog, saya syorkan anda rujuk artikel saya tentang Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan. 


Dapatkan eBook Belajar Asas Blog ini dari saya dengan harga RM50 sahaja. 

Klik link untuk mengisi Borang Tempahan atau Whatsapp saya 011 2628 7438.
Klik untuk kembali ke Koleksi eBook
Beli eBook ini dengan harga pakej. Lihat  Pakej eBook atau Pakej Kelas Online

NOR AZUA RUSLAN
Pengurus Online,
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]

No comments:

Post a Comment