Thursday 22 May 2014

Kisah dan Tips Membeli Mesin Jahit Pertama

Teks : Nor Azua Ruslan


Alhamdulillah, bulan ini beberapa wishlist saya telah tercapai. Bermula pada 06 Mei 2014, impian saya memiliki mesin jahit pertama Allah telah makbulkan. Beberapa kali saya cuba buat pesanan di website ini namun model mesin jahit tersebut sentiasa kehabisan stok. Alhamdulillah hari tersebut rezeki saya. Saya sendiri tidak menyangka pesanan yang dibuat dari Lazada hanya mengambil masa sehari sahaja untuk sampai ke tangan pembeli. Sungguh cepat servis anda, tahniah Lazada.

Pagi 07 Mei 2014, saya baru keluar dari bilik bos setelah selesai perbincangan tentang lukisan tender. PA bos saya, Kak Norrol memberitahu dengan nada serius;

'' Puan Azua, nanti bawa troli ke tingkat 3, ada parcel besar menanti ''.

Mulanya saya terkejut. Siapa pula yang bagi hadiah ni? Setelah beberapa ketika, barulah saya teringat pesanan yang saya buat dari Lazada sehari sebelum itu. Girangnya hati nak tgk mesin jahit comel saya.




Imej : Pengesahan pesanan yang dibuat pada pagi 06 Mei 2014



Imej: Gambar diambil pada pagi 07 Mei 2014

Untuk pengetahuan semua. Sebelum ini saya belajar menjahit hanya dengan menggunakan tangan. Saya tidak pernah memiliki mesin. Justeru mesin jahit pertama saya ini adalah salah satu impian saya pada tahun 2014 ini. 


'' Saya sendiri tidak ada mesin jahit waktu itu tetapi saya tekun menyiapkan tugasan mencantum dengan jahitan tangan semata-mata. Kata cikgu saya, ''Mesin tak penting, yang penting ilmu. Dah ada ilmu barulah beli mesin''. Saya akui perkara ini. Berapa orang di antara kita beriya-iya membeli dahulu gajet terkini yang canggih dan memasang cita-cita untuk belajar kemudian, namun akhirnya terkubur begitu sahaja? Gajet dah canggih tapi sayang tersimpan umpan habuk sahaja. Lebur duit tadi tiada pulangannya.''

( petikan artikel saya bertajuk : Menceburi Bidang Jahitan )


Imej: Mesin jahit pertama saya yang comel 


Ciri-ciri Mesin Jahit Pertama Saya:
1. Harganya Murah dan sesuai untuk Beginner
Harganya tidaklah semahal mesin jahit berjenama yang lain. Saya masih belajar dan mesin ini adalah sepadan dengan saya yang masih berjinak-jinak dengan ilmu jahitan ini. Nanti saya dah pro, saya akan tambah impian saya memilik mesin jahit industri pula. Boleh kan?

2. Spesifikasi Multi Fungsi 
Mesin jahit ini ada 8 jahitan, reverse sewinglengkap dengan lampu LED, pemotong benang / cutter, laci kecil,  dan datang bersama foot pedal. Oh, mesin ini tidak boleh digunakan untuk jahitan tepi ya.

3. Berat dan Saiz
Berat mesin ini 4.5kg. Kategori sederahana, tidak terlalu ringan atau terlalu berat. Boleh dialih ikut kesesuain ruang bekerja dan boleh dibawa keman-mana kerana saiznya yang compact
Tips Membeli Mesin Jahit Pertama

1. Kenalpasti Minat atau Keinginan
Umumnya semua orang mahu memilik gajet paling canggih di pasaran. Tapi kadangkala hanya hangat-hangat tahi ayam. Bukankah membazir? Namun, jika anda rasakan pelaburan anda itu berbaloi, apa salahnya.

2. Kenalpasti Tahap Kepakaran dan Jenis Mesin Jahit
Biasanya beginner akan belajar jahitan asas dahulu. Pendapat saya, beginner tidak perlu mesin jahit yang canggih atau mahal. Yang mahal adalah ilmu, ilmu adalah pelaburan yang lebih berbaloi. Sertai kelas atau bengkel jahitan. Gali ilmu dan barulah laburkan kepada mesin jahit canggih. 

3. Kenalpasti Bajet
Harga mesin jahit bergantung kepas spesifikasi, fungsi, berat dan saiz. Semakin canggih mesin itu, semakin mahal harganya.

4. Buat Kajian Spesifikasi dan Perbandingan Harga
Sebelum membeli, diingatkan supaya membuat sedikit kajian dan perbandingan supaya pembelian mesin jahit tadi adalah berbaloi. Saiz dan berat mesin jahit perlu diambilkira. Bagi beginner, mungkin lebih mudah memilik mesin jahit yang sederhana saiznya dan sedikit ringan supaya mudah dibawa ke kelas-kelas jahitan yang dihadiri.


Semoga bermanfaat
Jazakallah

No comments:

Post a Comment