Wednesday 30 April 2014

Inovasi Warna-warni Cat dalam Dekorasi

Teks: Nor Azua Ruslan



Baru- baru ini saya berpeluang menganjurkan lawatan ke kilang Nippon di Shah Alam. Umum tahu, Nippon merupakan antara salah satu jenama cat yang amat dikenali di Malaysia. 

Jemput tonton video di bawah ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

Video : Nippon Paint Rethink Recreate Expo Walkthrough


Lawatan ini diadakan susulan satu program Asia Pacific Chromazone Colour Forecasting Workshop 2014 yang saya hadiri pada bulan Februari di Manhattan Ballroom III, Berjaya Times Square Hotel. Di situ, seorang pegawai pemasaran Nippon datang memperkenalkan dirinya sebagai Sabrina semasa saya sedang sarapan. Setelah bersembang tentang latar belakang saya sebagai arkitek, dia gigih mengalu-alukan kedatangan perekabentuk seperti saya ke Expo (bilik pameran) mereka di Shah Alam. Katanya, bawa satu pejabat pun tak mengapa.

Selesai program di Berjaya Times Square, kami masih berhubung dan saya usulkan tentang program lawatan ke Expo Nippon kepada majikan saya. Beliau tidak membantah malah menggalakkan lawatan sedemikian. Ini kerana, perekabentuk perlu membuka mata dan sentiasa 'alert' dengan inovasi produk senibina di pasaran bagi membantu dalam proses pemilihan bahan dalam merekabentuk. Tambahan pula selang 2 bulan, pejabat kami perlu merancang sekurang-kurangnya satu program yang dinamakan sebagai 'Product Talk' yang bertujuan memberi pendedahan tentang bahan-bahan senibina terkini di pasaran kepada semua arkitek dan pegawai teknikal.

Perancangan dibuat, dan tarikh ditetapkan pada 16 April 2014. Kami bertolak jam 9.00 pagi dari Putrajaya dan tiba di Shah Alam lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebaik tiba, kami memasuki sebuah bangunan berwarna-warni yang membuat kami teruja untuk meneruskan eksplorasi. Kami disajikan dengan sarapan dan saya sempat berkenalan dengan seorang lagi Pegawai Pemasaran Nippon bernama Hani. Manis orangnya dan ramah melayan semua pertanyaan kami. Saya meminta izin untuk menceritakan pengalaman saya di blog.



Imej : Bergambar kenangan dengan Hani

Bilik Pameran Nippon ini terletak di tingkat 3 dan terdiri daripada show unit kecil seperti yang kita biasa lihat di Bilik Pameran IKEA. Setiap show unit memaparkan contoh-contoh senibina/perabot/perkakasan/dekorasi yang menggunakan cat keluaran mereka. Terdiri daripada 2 Bilik Pameran utama iaitu Sky Garden , Lifestyle Condo dan Colour Creation Centre, dan dibahagikan kepada show unit kecil seperti berikut:

1. Bilik Pameran Sky Garden


  • Entrance
  • Foyer
  • Basketball Court
  • House Facade
  • Roof Display
  • Gazebo
  • Garden
2. Bilik Pameran Lifestyle Condo


  • Garage
  • Living Room
  • Dry Kitchen
  • Dining
  • Baby Room
  • Master Bedroom
  • Bathroom
3. Bilik Pameran Colour Creation Centre
  • Pameran produk pelbagai jenis cat yang ditunjukkan dalam Bilik Pameran 1 & 2
Bilik Pameran yang saya gemari ialah Bilik Pameran Lifestyle Condo. Manakala show unit yang paling saya suka ialah dapur kering (dry kitchen) , bilik mandi (bathroom), ruang makan (dining) dan bilik bayi (baby room)

Dapur Kering / Dry Kitchen


Di sini saya belajar sesuatu dalam rekabentuk kabinet dapur. Dalam kebanyakan projek yang saya kendalikan sebagai perekabentuk, saya selalu menggunakan kemasan coloured glossy laminate  untuk pintu kabinet bagi menonjolkan konsep rekabentuk moden. Di sini saya belajar bahawa saya boleh peroleh kesan khas glossy itu dengan menggunakan kemasan cat jika saya menggunakan tempered glass untuk pintu cabinet serta counter top saya. Saya tertarik dengan inovasi cat sebegini yang pelbagai guna. Dan uniknya, kos untuk menukar warna pintu dan counter top kabinet dapur anda adalah mampu milik kerana hanya perlu tukar warna cat sahaja.


Di sini juga terdapat satu dinding yang menjadi papan kapur atau chalk board. Anda boleh customise saiz chalk board anda dengan hanya menggunakan cat. Hasilnya mengagumkan. Lepas ni kalau tetamu datang, bolehla tunjukkan mereka 'menu hari ini'. Seperti di restoran-restoran yang memaparkan menu istimewa hari ini. Saya rasakan teknik ini boleh digunapakai untuk bilik mainan anak-anak kecil juga. Boleh tulis nota di situ, atau mengajar anak-anak mengira, mengeja dan sebagainya. Saya mula berangan-angan.


Imej : Kitchen Show Unit

Bilik Mandi / Bathroom


Berapa agaknya kos untuk menukar jubin bilik mandi anda sekiranya anda sudah bosan dengan jubin tersebut? Kos yang perlu diambilkira ialah memecah/hacking, membersih, membaikpulih lapisan waterproofing, membeli jubin baru dan memasangnya pula. Aduh! Sudah tentu mahal bukan. Walaubagaimanapun, dengna menggunakan cat, anda boleh mengecat jubin bilik mandi anda, malah boleh membuat mural. Oh, yang paling unik sekali, anda boleh ubahsuai warna wash basin dan WC anda mengikut warna kegemaran anda.



Imej : Bathroom Show Unit

Ruang Makan / Dining


Salah satu produk catchy nippon adalah cat Momento. Uniknya cat ini boleh menggantikan kertas dinding / wallpaper konvensional. Bezanya dengan kertas dinding, boleh dicat semula dengan warna yang berbeza sekiranya kita sudah bosan dengan warnanya. Ia lebih fleksibel dan lebih mudah dilaksanakan berbanding kertas dinding. Anda tentunya pernah menonton iklan cat Momento di bawah ini bukan? Oh, kalau anda berkunjung ke sini, anda rasa sendiri pengalaman mengecat cat momento ini.



Imej : Dining Show Unit

Bilik Bayi / Baby Room

Di sini saya diperkenalkan dengan produk cat anti bakteria. Satu lagi inovasi cat yang terbaru dari Nippon. Saya sukakan lukisan mural di dinding bilik ini yang ceria dan vibrant, yang jarang-jarang kita pilih untuk bilik bayi. Warna yang lazim kita pilih untuk bayi adalah baby blue, baby pink atau warna-warna yang lembut megikut jantina bayi bukan? Tetapi bilik ini ditatarias dengan warna-warna ceria yang bersifat universal. 

Imej : Baby Room Show Unit







Video : Iklan Cat Momento



Imej : Demo aplikasi cat Momento 

Alhamdulillah saya diberi peluang sebegini untuk belajar dengan lebih dekat aplikasi cat dan inovasi penggunaanya dalam dekorasi. Terima kasih saya ucapkan kepada Sabrina kerana sudi menjemput dan mengalu-alukan kedatangan kami pada hari tersebut. InsyaAllah saya akan berkongsi projek DIY saya menggunakan salah satu produk mereka kerana saya peroleh baucer bernilai RM200 tempoh hari semasa mendaftar sebagai ahli Kelab Nippon Paint's Designer di Berjaya Times Hotel. Syukur alhamdulillah, rezeki lagi.




Imej : Baucer bernilai RM200


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment