Monday 28 April 2014

Terus Berangan , Keep on Dreaming

Teks : Nor Azua Ruslan



Tahukah anda kita boleh mendapat manfaat daripada apa yang kita angan-angankan, dengan syarat perkara yang kita fikirkan itu adalah perkara yang baik-baik sahaja? Jika kita fikirkan perkara yang tidak baik, mungkin ia akan mendatangkan manfaat kepada kita, tetapi mendatangkan kecelakaan pula kepada orang lain. Bukankah di dalam Islam, kita dilarang sama sekali mendoakan kecelakaan kepada orang lain, melainkan jika kita teraniaya? Tetapi jika kita dapat menahan diri dan bersabar, itu lebih baik dan alangkah indahnya pekerti kita, bukan?

Angan-angan ada kaitan dengan minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar pula datang bersama emosi. Prof Muhaya ada mengulas tentang perkara ini dalam rancangan Celik Hati beliau: 



''Jika nak jadi manusia berkualiti, kita kena gambarkan bagaimana orang berkualiti. Sebelum tidur, bayangkan diri kita menjadi orang berkualiti. Buat imaginasi nampak kita sebagai orang yang bertaqwa dengan Allah ; solat tepat waktunya, kita jaga aurat dan sebagainya. Kedua, bayangkan kita berakhlak dengan orang lain; bila bercakap lemah-lembut. Ketiga, bayangkan kita itqaan; buat kerja dengan baik, jadi isteri yang baik, layan tetamu dengan baik dan sebagainya. Bayangkan semua ini sebelum tidur dan imej ini akan masuk dalam minda bawah sedar kita.''


Orang yang sentiasa menggambarkan perkara-perkara yang baik-baik adalah orang yang sentiasa positif. Manakala orang yang sentiasa menggambarkan perkara-perkara buruk seperti memasang niat membalas dendam, dengki, khianat dan sebagainya adalah orang-orang bersifat negatif. Cas-cas ion positif dan negatif ini adalah berlawanan.







Pernah dengar kata-kata berikut?






Oleh itu, hati-hati bila berangan. Kerana kuasa minda kita amat luar biasa. 
Bila kita angankan perkara positif, postiflah hasilnya dan sebaliknya.



''Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, 
tindakan menghasilkan kehidupan.''


Jangan pula berhenti berangan ye pembaca semua. 
Ingat, angan-angan yang baik-baik sahaja. 

Keep on dreaming!

No comments:

Post a Comment