Showing posts with label Aktiviti Kraf. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kraf. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Mengenal Haiwan, Tips dan Pengalaman Ke Zoo Negara

Teks : Nor Azua Ruslan

Awal bulan lepas April yang lepas, kami sekeluarga ke Zoo Negara. Ini kerana Sarah sudah selesai modul Animal Kingdom di Playgroup Excel Khalif. Topik ini berjalan selama 8 minggu. Macam-macam haiwan yang Sarah pelajari. Antaranya, zirafah, dinosour, singa, penguin, burung, kura-kura dan beruang. Modul Animal Kingdom ini merupakan modul terakhir dalam siri Playgroup di Excel Khalif ini. 



Video : Lagu kegemaran Sarah: Let's Go To The Zoo

Maka, setelah modul ini selesai, kami sepakat untuk membawa Sarah melihat sendiri dan merasai pengalaman baru dalam mengenal dunia haiwan. Sarah sangat teruja meilhat semua haiwan di Zoo Negara secara langsung di depan mata, berbeza dengan reaksi Sarah apabila melihat paparan haiwan di kaca TV. Semasa kami ke Zoo Negara, kerja-kerja ubahsuai giat dijalankan. Oleh yang demikian, banyak tempat ditutup dan belum beroperasi. Antara tempat yang ditutup / belum beroperasi ialah Rumah Panda, Rumah Reptilia, Rumah Rama-rama dan Rumah Lebah. 

Tips 1: Sila semak dahulu dengan Zoo Negara status kerja-kerja ubahsuai sebelum rancang lawatan. Lebih berbaloi ke sana apabila semua kerja-kerja ubahsuai siap dijalankan.

Lawatan ke Zoo Negara ini seolah 'come back' kepada saya kerana semasa saya kecil, saya kerap ke sini. Ini kerana saya suka bertandang ke rumah Pak Ngah saya yang terletak berdekatan dengan Zoo Negara ini, iaitu Taman Zooview. Dari rumah Pak Ngah, saya boleh dengar bunyi ngauman singa di tengah malam dan boleh mendengar suara penonton bersorak semasa pertunjukan pentas. Saya masih ingat pengalaman saya yang selalu merengek hendak ke rumah Pak Ngah, hanya kerana rumahnya berhampiran Zoo Negara. Dengan harapan dapat pergi zoo selalu. Lagipun saya suka berkawan dan bermain dengan sepupu saya yang comel -comel waktu itu. Kini, kami masing-masing sudah besar dan seingat saya kali terakhir saya ke Zoo Negara adalah pada tahun 2004. Waktu itu Zoo Negara mengadakan Safari Night Life. Saya ke sana membawa adik-adik saya yang masih kecil waktu itu.

Kami tiba di Zoo Negara lebih kurang jam 11.00 pagi. Harga tiket dewasa ialah RM30 dan untuk kanak-kanak bawah 3 tahun seperti Sarah adalah percuma. Kami dimaklumkan bahawa Pertunjukan Haiwan sudah pun bermula. Kami cuba berlari ke pentas pertunjukan dan sempat juga  menonton pertunjukan singa laut. Kami hanya dapat menonton sebentar sahaja kerana 15 minit kemudian, pertunjukan pun tamat. Kami memasang hajat jika sempat, kami akan tonton pertujunkan seterusnya pada jam 3.00 petang. 

Sumber Imej : Website Zoo Negara
Imej : Bergambar kenangan di pentas pertujukan
Tips 2 : Cuba datang lebih awal ya. Boleh tonton pertunjukan haiwan sesi 11.00 pagi. Cuaca awal pagi pun kurang panas. Bawa botol air besar kerana anda dan anak-anak pasti haus di sepanjang perjalanan.

Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja sepanjang sesi lawatan. Agak memenatkan tetapi lebih seronok berjalan berbanding menaiki tram. Tidak seperti sewaktu saya kecil dahulu. Perkhidmatan tram adalah percuma. Kini perkhidmatan tram dikenakan bayaran RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.



Kami mulakan eksplorasi dengan melawat akuarium yang terletak berdekatan dengan pentas pertunjukan. Berhadapan pentas juga terdapat rumah penguin. Penguin-penguin diletakkan di dalam rumah kaca. Sarah terpegun dengan penguin-penguin comel tersebut.

Sumber Imej : Website Zoo Negara
Zoo Negara sangat luas. Perjalanan agak memenatkan. Terdapat bangku-bangku rehat disediakan di kiri atau kanan jalan di sepanjang perjalanan.

Tips 3 : Galakkan anak kecil berjalan atau duduk di dalam stroller / push chair atau gunakan baby carrier.  Jika penat, duduk seketika untuk melepaskan lelah. Ini penting supaya anak sentiasa seronok dan tidak terlalu penat jika dipaksa meneruskan perjalanan.

Tips 4 : Rancang perjalanan anda. Lihat dahulu peta Zoo Negara dan buat perancangan hendak mulakan perjalana dari mana. Dapatkan peta ini secara percuma di pintu masuk Zoo Negara atau cetak dari laman web Zoo Negara.

Tips 5 : Bawa snek atau bekalan ringan supaya dapat mengisi perut yang lapar. Kami berhenti seketika di restoran berdekatan Dataran Dato Islmail Hutson. Di sini ada restoran yang menjual burger dan makanan goreng.

Imej : Bergambar dengan latar belakang singa

Imej : Aktiviti kraf membuat singa

Imej : Bergambar dengan latar belakang zirafah

Imej : Aktiviti kraf membuat zirafah menggunakan penyepit baju

Imej : Aktiviti kraf membuat ular
Tiada pengalaman bergambar dengan ular kerana rumah reptilia ditutup

Imej : Aktiviti kraf membuat kolaj kura-kura


Imej : Bergambar di depan rumah penguin



Imej : Aktiviti kraf membuat topeng penguin
Imej : Berpeluang begrambar dengan burung semasa Animal Show jam 3 petang

Imej : Aktiviti kraf membuat kolaj burung

Wednesday, 28 May 2014

Mengenal Anggota dan Perasaan

Teks : Nor Azua Ruslan


Minggu lepas Sarah menghadiri Playgroup sebanyak dua hari berturut-turut kerana kelas ganti. Ini berikutan minggu sebelumnya Sarah bercuti ke PD, manakala minggu seterusnya Sarah demam pula. Oleh itu, kelas ganti Sarah berbaki sehari sahaja lagi. Topik kelas ganti ialah My Feeling. Kelas ini ialah susulan aktiviti kraf berkumpulan minggu sudah di mana Sarah belajar tentang anggota badan Head, Shoulder Knees & Toes. Kali ini Sarah belajar mengenalpasti anggota Eyes, Mouth & Nose dan mengenalpasti perasaan gembira atau sedih pula.

Bahan-bahan:
1. Belon
2. Kertas yang telah dilakar mata, hidung dan mulut
3. Gam
4. Gunting

Cara-cara:
1. Anda perlu guntingkan mata, hidung dan mulut mengikut bentuk yang dilakar tadi
2. Tiup belon atau beri anak anda peluang untuk tiup belon tersebut
4. Simpul ikatan belon anda dengan kemas
5. Tampalkan mata, hidung, mulut dan rambut yang telah digunting tadi

Selamat mencuba
Jazakallah.

Bergambar kenangan semasa bercuti di Port Dickson 


Mengenal Rasa Masam dan Manis

Teks: Nor Azua Ruslan



Topik Playgroup minggu lepas ialah I can taste. Sarah belajar mengenal rasa masam dan rasa manis. Teacher Ayu memberi penerangan perbezaan rasa buah epal hijau dan epal merah. Apabila rasa masam / sour, teaher ayu membuat mimik muka lucu menunjukkan rasa masam. manakala rasa manis / sweet ditunjukkan dengan rasa sedap. Pelajar juga diberi peluang merasa epal hijau dan merah untuk mengenal sendiri rasa masam dan manis. Sebelum pulang, aktiviti kraft minggu ini ialah membuat kolaj epal hijau dan merah. Anda juga boleh buat aktiviti bersama si kecil anda di rumah.

Bahan-bahan:
1. Pinggan Kerta
2. Kertas warna (merah, hijau tua, hijau muda dan coklat)
3. Gam
4. Gunting

Cara-cara:
1. Anda perlu lakar dan guntingkan kertas warna hijau tua dan coklat sebagai punjut epal
2. Beri anak anda kertas hijau muda dan merah untuk dicarik-carik
3. Mulakan kolaj dengan menampal kertas yang dicarik-carik tadi di atas pinggan kertas
4. Akhir sekali tampalkan punjut epal.

Selamat mencuba

Monday, 5 May 2014

Kerjasama Dalam Kumpulan

Teks : Nor Azua Ruslan


Video : Aksi Sarah semasa Kelas Trial

Bidadari kecil saya mula join Playgroup Excel Khalif sejak awal Disember 2013. Sarah baru berusia 17 bulan waktu itu. Bermula dengan kelas trial dahulu, kemudian ummy dan Abah terus jatuh cinta dengan kelas yang berkonsepkan Family Bonding Time yang mengkhususkan aktiviti anak bersama ibu bapa ini.
Secara rasminya, Sarah menjadi pelajar Excel Khalif pada 5 Januari 2014. Kelas ini diadakan seminggu sekali sahaja dan berlansung selama 1 jam. Kami memilih ahad pagi setiap minggu untuk aktiviti Playgroup bersama Sarah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan semasa kelas yang bertujuan menambahbaik kemahiran motor, kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial anak-anak. Setiap kali sebelum kelas berakhir merupakan aktiviti kraf mengikut modul minggu tersebut. Ada banyak hasil-hasil kraf yang Sarah dah buat sejak join Playgroup tersebut, sayangnya baru hari ini ummy Sarah nak ceritakan di blog ini. 


Berdasarkan pemerhatian saya, Sarah merupakan paling kecil berbanding rakan-rakan Playgroupnya yang lain. Saya perhatikan perubahan kemahiran sosialnya makin bertambah baik setelah 3 bulan menghadiri playgroup tersebut. Keyakinan dirinya meningkat. Tidak lagi malu-malu dan hanya berdiam diri bila aktiviti menyanyi dijalankan. Sebelum ini Sarah hanya memerhati teacher dan rakan-rakannya. Walaubagaimanapun bila pulang ke rumah, Sarah boleh sahaja mengikut pergerakan dan nyanyian yang abah rakamkan. Walaubagaimnapun, sejak menghadiri semula Playgroup yang telah bercuti sebulan yang lepas, Sarah mampu mengikut gerakan dan nyanyian teacher dan rakan-rakan lain. Mungkin sebab kelas dah bercuti lama dan dia asyik menyebut-nyebut Excel Khalif, bila Playgroup bermula, dia seronok seolah melepaskan rindu.

[ Modul Ahad 04/05/14 : My Body's Part]

Ahad lepas aktiviti kraf yang agak istimewa dilaksanakan. Ini kerana biasanya aktiviti kraf dilaksanakan secara individu bersama ibu bapa masing-masing. Walaubagaimanapun, minggu ini aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan.  Didikan semangat kerjasama berpasukan ini dilatih sejak kecil dan mereka semua memberi kerjasama sepenuhnya.


Video : Sarah menjadi model kumpulan

Tema minggu ini adalah belajar mengenai anggota badan. 'Head Shoulder Knees and Toes'. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan doa belajar. Seterusnya latihan walk & run, nyanyian head, shoulder, knees and toes, latihan kemahiran motor dan berakhir dengan aktiviti kraf berkumpulan. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sarah sukarela menjadi model untuk dilakar bentuk badannya di atas sekeping kertas besar. Kemudian, setiap ahli kumpulan diberi kertas pelbagai warna untuk dicarik-carik. Menurut teacher, aktiviti ini adalah salah satu cara meningkatkan kemahiran motor anak-anak dan juga salah satu cara untuk menyalurkan tantrum anak-anak kepada suatu aktiviti bermanfaat.

Kertas warna yang telah dicarik-carik tersebut seterusnya ditampal menjadi seni kolaj sehingga ruang dalam bentuk badan Sarah yang telah dilakar tadi dipenuhi. Semua orang bekerjasama menyiapkan tugasan dengan dibantu oleh ibu bapa masing-masing.


Imej : Aktiviti kolaj berkumpulan

Setelah tugasan siap, pelajar dikehendaki melabelkan head, shoulder, knees and toes. Seterusnya, aktiviti berakhir dengan sesi bergambar. 


Imej : Sarah bergambar dengan hasil kerja kumpulannya

Istimewanya, Sarah dibenarkan membawa pulang hasil seni kolaj tadi kerana menjadi model teacher. Pulang ke rumah, Sarah bergambar lagi dengan hasil kerja kumpulannya. Alhamdulillah Sarah diberi rezeki untuk belajar satu lagi perkara baru semalam. Pembaca semua bolehla mencuba aktiviti ini di rumah bersama anak-anak tersayang.

Banyak sangat hasil kraf bersama Sarah tapi Ummy pening nak simpan di mana. Mungkin Ummy akan gali idea dalam Projek Dekorasi DIY bilik mainan Sarah nanti?

Kalau ada yang berminat nak join Playgroup Excel Khalif, klik link Official FB Excel Khalif di bawah:




Jazakallah.