Monday 5 May 2014

Kerjasama Dalam Kumpulan

Teks : Nor Azua Ruslan


Video : Aksi Sarah semasa Kelas Trial

Bidadari kecil saya mula join Playgroup Excel Khalif sejak awal Disember 2013. Sarah baru berusia 17 bulan waktu itu. Bermula dengan kelas trial dahulu, kemudian ummy dan Abah terus jatuh cinta dengan kelas yang berkonsepkan Family Bonding Time yang mengkhususkan aktiviti anak bersama ibu bapa ini.
Secara rasminya, Sarah menjadi pelajar Excel Khalif pada 5 Januari 2014. Kelas ini diadakan seminggu sekali sahaja dan berlansung selama 1 jam. Kami memilih ahad pagi setiap minggu untuk aktiviti Playgroup bersama Sarah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan semasa kelas yang bertujuan menambahbaik kemahiran motor, kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial anak-anak. Setiap kali sebelum kelas berakhir merupakan aktiviti kraf mengikut modul minggu tersebut. Ada banyak hasil-hasil kraf yang Sarah dah buat sejak join Playgroup tersebut, sayangnya baru hari ini ummy Sarah nak ceritakan di blog ini. 


Berdasarkan pemerhatian saya, Sarah merupakan paling kecil berbanding rakan-rakan Playgroupnya yang lain. Saya perhatikan perubahan kemahiran sosialnya makin bertambah baik setelah 3 bulan menghadiri playgroup tersebut. Keyakinan dirinya meningkat. Tidak lagi malu-malu dan hanya berdiam diri bila aktiviti menyanyi dijalankan. Sebelum ini Sarah hanya memerhati teacher dan rakan-rakannya. Walaubagaimanapun bila pulang ke rumah, Sarah boleh sahaja mengikut pergerakan dan nyanyian yang abah rakamkan. Walaubagaimnapun, sejak menghadiri semula Playgroup yang telah bercuti sebulan yang lepas, Sarah mampu mengikut gerakan dan nyanyian teacher dan rakan-rakan lain. Mungkin sebab kelas dah bercuti lama dan dia asyik menyebut-nyebut Excel Khalif, bila Playgroup bermula, dia seronok seolah melepaskan rindu.

[ Modul Ahad 04/05/14 : My Body's Part]

Ahad lepas aktiviti kraf yang agak istimewa dilaksanakan. Ini kerana biasanya aktiviti kraf dilaksanakan secara individu bersama ibu bapa masing-masing. Walaubagaimanapun, minggu ini aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan.  Didikan semangat kerjasama berpasukan ini dilatih sejak kecil dan mereka semua memberi kerjasama sepenuhnya.


Video : Sarah menjadi model kumpulan

Tema minggu ini adalah belajar mengenai anggota badan. 'Head Shoulder Knees and Toes'. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan doa belajar. Seterusnya latihan walk & run, nyanyian head, shoulder, knees and toes, latihan kemahiran motor dan berakhir dengan aktiviti kraf berkumpulan. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sarah sukarela menjadi model untuk dilakar bentuk badannya di atas sekeping kertas besar. Kemudian, setiap ahli kumpulan diberi kertas pelbagai warna untuk dicarik-carik. Menurut teacher, aktiviti ini adalah salah satu cara meningkatkan kemahiran motor anak-anak dan juga salah satu cara untuk menyalurkan tantrum anak-anak kepada suatu aktiviti bermanfaat.

Kertas warna yang telah dicarik-carik tersebut seterusnya ditampal menjadi seni kolaj sehingga ruang dalam bentuk badan Sarah yang telah dilakar tadi dipenuhi. Semua orang bekerjasama menyiapkan tugasan dengan dibantu oleh ibu bapa masing-masing.


Imej : Aktiviti kolaj berkumpulan

Setelah tugasan siap, pelajar dikehendaki melabelkan head, shoulder, knees and toes. Seterusnya, aktiviti berakhir dengan sesi bergambar. 


Imej : Sarah bergambar dengan hasil kerja kumpulannya

Istimewanya, Sarah dibenarkan membawa pulang hasil seni kolaj tadi kerana menjadi model teacher. Pulang ke rumah, Sarah bergambar lagi dengan hasil kerja kumpulannya. Alhamdulillah Sarah diberi rezeki untuk belajar satu lagi perkara baru semalam. Pembaca semua bolehla mencuba aktiviti ini di rumah bersama anak-anak tersayang.

Banyak sangat hasil kraf bersama Sarah tapi Ummy pening nak simpan di mana. Mungkin Ummy akan gali idea dalam Projek Dekorasi DIY bilik mainan Sarah nanti?

Kalau ada yang berminat nak join Playgroup Excel Khalif, klik link Official FB Excel Khalif di bawah:




Jazakallah.

No comments:

Post a Comment