Friday 2 May 2014

Alangkah Bernilainya Ilmu Jika Dimanfaatkan

Teks: Nor Azua Ruslan 

Sumber Imej : Google

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Kita manusia tidak semuanya sempurna. Justeru untuk memperbaiki diri, adalah dengan menimba ilmu. Ilmu ada di mana-mana. Bergurulah jika mahu menuntut ilmu. Kita amat bertuah sekali kerana masyarakat zaman kita ini adalah masyarakat yang dahagakan ilmu. Justeru kita disajikan dengan pelbagai rancangan ilmiah. Sumner ilmu ada merata-rata. Ada pelbagai majlis ilmu di kaca television, perkongsian ilmu di internet, malah ratusan buku diterbitkan setiap hari. Semua pilihan di tangan kita. Samada mahu pilih ilmu yang baik atau tidak.

Mari renung-renungkan kata-kata Prof.Muhaya dalam rancangan celik hati beliau :

''Personaliti seseorang bergantung kepada cara didikan ketika dia kecil. Tapi jika kita sudah berumur, bagaimana untuk mengubahnya? Melalui ilmu! Hadiri majlis ilmu, baca buku, cari kitab Bimbingan Mukminin, Riyadus Solihin. Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkata, “Kau tunjukkan aku buku apa kau baca, aku tahu siapa engkau. Kau tunjukkan aku apa kau suka, aku tahu siapa engkau. Kau tunjukkan aku siapa kawan kau, aku tahu siapa engkau.” Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa audit diri kita – ke arah manakah kita pergi? Mendekati syurga atau neraka? Untuk menguatkan lagi – ada 2 jenis kehidupan - Orang yang berada di sebelah kiri: tidak berilmu, takut, risau, sakit, ‘stress’, miskin. Di sebelah kanan pula orang yang berilmu, redha, yakin, sihat, kaya. Sebelah mana yang kita inginkan? Dua perkara boleh masukkan kita ke syurga – ilmu dan harta. Dua benda yang sama juga, jika disalah guna akan bawa kita ke neraka. Kita boleh dengki dalam hal kebaikan, contohnya ingin berilmu sepertimana orang berilmu dan kaya sepertimana orang kaya yang pemurah. Cari ilmu di tempat yang betul.''

Subhanallah, sama-samalah kita cari ilmu dan bergurulah dengan orang yang betul ya pembaca sekalian. 

Alhamdulillah Kelas Belajar Asas Blog saya membuahkan hasil. Saya sertakan di sini perbezaan menulis untuk suka-suka dengan menulis untuk memberi manfaat kepada orang ramai. Hari ini genap minggu ke-3 sejak saya menubuhkan dan menulis blog ini pada 11 April 2014. Semoga saya sentiasa istiqamah. 

Sumber Imej: http://www.norazuaruslan.blogspot

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : doa anak–anak yang soleh, sedekah jariah & ilmu yang memberi manfaat ”
Jazakallah


No comments:

Post a Comment