Showing posts with label 6.2 JAHITAN. Show all posts
Showing posts with label 6.2 JAHITAN. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Kisah dan Tips Membeli Mesin Jahit Pertama

Teks : Nor Azua Ruslan


Alhamdulillah, bulan ini beberapa wishlist saya telah tercapai. Bermula pada 06 Mei 2014, impian saya memiliki mesin jahit pertama Allah telah makbulkan. Beberapa kali saya cuba buat pesanan di website ini namun model mesin jahit tersebut sentiasa kehabisan stok. Alhamdulillah hari tersebut rezeki saya. Saya sendiri tidak menyangka pesanan yang dibuat dari Lazada hanya mengambil masa sehari sahaja untuk sampai ke tangan pembeli. Sungguh cepat servis anda, tahniah Lazada.

Pagi 07 Mei 2014, saya baru keluar dari bilik bos setelah selesai perbincangan tentang lukisan tender. PA bos saya, Kak Norrol memberitahu dengan nada serius;

'' Puan Azua, nanti bawa troli ke tingkat 3, ada parcel besar menanti ''.

Mulanya saya terkejut. Siapa pula yang bagi hadiah ni? Setelah beberapa ketika, barulah saya teringat pesanan yang saya buat dari Lazada sehari sebelum itu. Girangnya hati nak tgk mesin jahit comel saya.




Imej : Pengesahan pesanan yang dibuat pada pagi 06 Mei 2014



Imej: Gambar diambil pada pagi 07 Mei 2014

Untuk pengetahuan semua. Sebelum ini saya belajar menjahit hanya dengan menggunakan tangan. Saya tidak pernah memiliki mesin. Justeru mesin jahit pertama saya ini adalah salah satu impian saya pada tahun 2014 ini. 


'' Saya sendiri tidak ada mesin jahit waktu itu tetapi saya tekun menyiapkan tugasan mencantum dengan jahitan tangan semata-mata. Kata cikgu saya, ''Mesin tak penting, yang penting ilmu. Dah ada ilmu barulah beli mesin''. Saya akui perkara ini. Berapa orang di antara kita beriya-iya membeli dahulu gajet terkini yang canggih dan memasang cita-cita untuk belajar kemudian, namun akhirnya terkubur begitu sahaja? Gajet dah canggih tapi sayang tersimpan umpan habuk sahaja. Lebur duit tadi tiada pulangannya.''

( petikan artikel saya bertajuk : Menceburi Bidang Jahitan )


Imej: Mesin jahit pertama saya yang comel 


Ciri-ciri Mesin Jahit Pertama Saya:
1. Harganya Murah dan sesuai untuk Beginner
Harganya tidaklah semahal mesin jahit berjenama yang lain. Saya masih belajar dan mesin ini adalah sepadan dengan saya yang masih berjinak-jinak dengan ilmu jahitan ini. Nanti saya dah pro, saya akan tambah impian saya memilik mesin jahit industri pula. Boleh kan?

2. Spesifikasi Multi Fungsi 
Mesin jahit ini ada 8 jahitan, reverse sewing, lengkap dengan lampu LED, pemotong benang / cutter, laci kecil,  dan datang bersama foot pedal. Oh, mesin ini tidak boleh digunakan untuk jahitan tepi ya.

3. Berat dan Saiz
Berat mesin ini 4.5kg. Kategori sederahana, tidak terlalu ringan atau terlalu berat. Boleh dialih ikut kesesuain ruang bekerja dan boleh dibawa keman-mana kerana saiznya yang compact. 
Tips Membeli Mesin Jahit Pertama

1. Kenalpasti Minat atau Keinginan
Umumnya semua orang mahu memilik gajet paling canggih di pasaran. Tapi kadangkala hanya hangat-hangat tahi ayam. Bukankah membazir? Namun, jika anda rasakan pelaburan anda itu berbaloi, apa salahnya.

2. Kenalpasti Tahap Kepakaran dan Jenis Mesin Jahit
Biasanya beginner akan belajar jahitan asas dahulu. Pendapat saya, beginner tidak perlu mesin jahit yang canggih atau mahal. Yang mahal adalah ilmu, ilmu adalah pelaburan yang lebih berbaloi. Sertai kelas atau bengkel jahitan. Gali ilmu dan barulah laburkan kepada mesin jahit canggih. 

3. Kenalpasti Bajet
Harga mesin jahit bergantung kepas spesifikasi, fungsi, berat dan saiz. Semakin canggih mesin itu, semakin mahal harganya.

4. Buat Kajian Spesifikasi dan Perbandingan Harga
Sebelum membeli, diingatkan supaya membuat sedikit kajian dan perbandingan supaya pembelian mesin jahit tadi adalah berbaloi. Saiz dan berat mesin jahit perlu diambilkira. Bagi beginner, mungkin lebih mudah memilik mesin jahit yang sederhana saiznya dan sedikit ringan supaya mudah dibawa ke kelas-kelas jahitan yang dihadiri.


Semoga bermanfaat
Jazakallah

Thursday, 15 May 2014

Menceburi Bidang Jahitan

Teks: Nor Azua Ruslan

Bagaimana saya mula menceburi bidang jahitan?



Bengkel Jahitan


Saya mula menghadiri bengkel jahitan bermula bulan Jun 2013. Saya berguru dengan salah seorang pereka tempatan yang dikenali dan telah beberapa kali muncul di kaca TV. Terbaru, saya dengar khabar Cikgu saya, Yasalma akan ada segmen jahitannya sendiri di rancangan TV Alhijrah. Cikgu saya juga bakaI menerbitkan buku-buku jahitannya sendiri. Insyaallah, tak sabar saya nak tonton dan miliki buku-buku jahitannya.

Berbalik kepada kisah saya, lama saya pendam hasrat nak menghadiri bengkel jahitannya Cikgu Yasalma. Alhamdulillah, Allah permudahkan juga.

Bengkel diadakan selama sehari di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.  Bersemangat betul saya waktu itu. Siap bawa anak sekali. Waktu itu bayi saya baru berusia 11 bulan. Asalnya saya tinggalkan di nursery tapi tak sampai hati betul waktu itu bila ditinggalkan, dia menangis tak henti. Waktu itu, dia selsema pula. Pulang ke rumah untuk bersiap, saya teringat-ingat wajah bidadari kecil yang saya tinggalkan tadi. Saya Whatsapp cikgu saya, mujur dia bermurah hati dan membenarkan saya membawa bayi saya sekali.

Jujurnya, saya tiada asas menjahit. Seingat saya kali terakhir saya menjahit ketika tingkatan 3 untuk subjek Kemahiran Hidup. Tugasan yang cikgu saya beri pada waktu itu ialah pattern baju kurung kedah. Itulah kali pertama dan terakhir saya menjahit.  Saya sendiri sudah lupa pattern baju kurung kedah tersebut. Walaubagaimanapun, saya meminati bidang jahitan dan selalu berangan-angan kalaulah saya boleh jahit baju rekaan saya sendiri.

Di Bengkel Yasalma, saya bermula dengan belajar pattern jubah. Cikgu menerangkan langkah demi langkah dengan jelas. Pelajaran asas dimulakan dengan hanya menggunakan kertas. Macam buat baju anak patung mini kita kecil2 dulu. Kata cikgu, tujuannya sebagai memberi kefahaman asas idea tentang bahagian baju yg kita perlu buat nanti. Setelah pelajar faham idea asas dan berkeyakinan, barulah pelajar akan praktiskan menggunakan kain pula. Saya belajar mengukur, melakar, memotong dan mencantum sehinggalah jubah siap di bengkel cikgu saya. Semuanya tanpa pola! Itu yang uniknya. Formula Cikgu Yasalma ajar pun sangat ringkas. Teknik 'short cut' katanya. Khas untuk mereka yang tiada asas langsung dalam jahitan.

Kelas Jahitan Whatsapp
Seronok dapat belajar pattern jubah, seterusnya saya belajar pula pattern princess cut dress. Uniknya, kali ini saya belajar melalui Whatsapp sahaja dengan guru yang sama. Tak perlu naik kereta lagi nak ke bengkel cikgu. Selesai belajar princess cut dress, saya belajar fishtail blouse dan palazzo pula. 

Kelas jahitan melalui Whatsapp ini bermula langkah demi langkah, penerangan yang cikgu bagi amat jelas dan pelajar boleh ambil masa sendiri untuk siapkan. Pengalaman saya, kelas berjalan sewaktu saya sedang bekerja di pejabat. Bertalu-talu bunyi Whatsapp masuk menandakan cikgu sedang memberi penerangan langkah demi langkah lengkap bergambar. Memandangkan saya di pejabat, saya hanya membaca nota-nota tersebut. Bila tiba malam hari, barulah saya ikut langkah-langkah tersebut.

Ada kalanya saya sibuk dan letih bila pulang dari pejabat, hujung minggu baru saya ulangkaji nota-nota dan buat dari mula sampai ke nota terakhir cikgu. Kelas berjalan agak lama, lebih kurang seminggu untuk satu pattern. Ini perbezaan antara kelas Whatsapp dan bengkel. Ini kerana, dalam kelas Whatsapp, cikgu akan beri penerangan tentang satu langkah dahulu sehingga semua pelajar faham, barulah langkah seterusnya diterangkan, dan seterusnya sehinggalah baju pelajar berjaya disiapkan. 

Mungkin ada yang rasa macam sukar belajar menjahit tanpa cikgu di depan mata tetapi hasil kelas Whatsapp ini amat mengagumkan. Sudah terbukti ramai yang tiada asas menjahit macam saya pun boleh berjaya siapkan tugasan. Tahukah anda, ramai juga pelajar-pelajar yang lain telah berjaya memulakan bisnes jahitan setelah berguru dengan cikgu saya melalui kelas Whatsapp ini?

Jahit Tangan
Saya sendiri tidak ada mesin jahit waktu itu tetapi saya tekun menyiapkan tugasan mencantum dengan jahitan tangan semata-mata. Kata cikgu saya, ''Mesin tak penting, yang penting ilmu. Dah ada ilmu barulah beli mesin''. Saya akui perkara ini. Berapa orang di antara kita beriya-iya membeli dahulu gajet terkini yang canggih dan memasang cita-cita untuk belajar kemudian, namun akhirnya terkubur begitu sahaja? Gajet dah canggih tapi sayang tersimpan umpan habuk sahaja. Lebur duit tadi tiada pulangannya.

Sebenarnya ada banyak lagi pattern baju yang cikgu saya ajar dan kita boleh pilih nak belajar pattern yang mana. Nampak tak teknologi yang ada boleh menjadi manfaat jika di gunakan sebaiknya? Kreatif kan cikgu saya? Mungkin ada yang bertanya kalau saya dah belajar melalui Whatsapp, forwardkan sahaja nota-nota tersebut secara percuma, bukan? Saya mohon maaf tidak dapat berbuat demikian kerana semua pelajar telah membuat perjanjian tidak akan menyebarkan ilmu tersebut tanpa izin cikgu. Semua nota-nota tersebut merupakan hak cipta terpelihara cikgu saya dan eksklusif hanya untuk pelajar-pelajarnya sahaja. Justeru, sebagai anak murid, seharusnya saya menghormati pendirian cikgu saya. Lagipun menurut Cikgu Yasalma, segala formula yang diciptanya memang 100% olahannya berdasarkan pengalamannya menjahit dan membuat baju sejak berumur 6 tahun dan asasnya langsung tidak menggunakan mencedok kaedah kebiasaan yang digunakan oleh kolej-kolej atau pusat kemahiran jahitan di mana-mana pun. Kaedah Cikgu Yasalma pun dia telah dicopyright seperti berikut : 

"PERHATIAN: 

Segala aspek berkenaan karya ini termasuk reka bentuk dan hakciptanya telah didaftarkan dan dilindungi di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan Akta Hakcipta 1987. 

Semua pengeluaran semula dalam apa jua bentuk dalam apa jua bahan menggunakan apa jua kaedah tanpa kebenaran YASALMA adalah salah disisi undang-undang dan haram di sisi syariat Islam.

"REZEKI YANG HALAL MENJEMPUT KEBERKATAN DAN KETENANGAN HIDUP".

Itulah pesan Cikgu Yasalma. Tapi ada juga desas-desus yang kata Cikgu saya kedekut tak nak kongsi ilmu, sebab itu dia copyrightkan nota? Ada juga kata, inikan ilmu yang bermanfaat, kalau disebarkan percuma kan dapat pahala besar? 

Berkenan dengan hasil kerja saya? Boleh lihat entri koleksi terbaru Princess Cut Dress dan Princess Palazo saya yang akan datang di blog SARA Shopstyle.






Jazakallah





Monday, 12 May 2014

Koleksi Terkini di SARA Shopstyle - Princess Palazo

Teks : Nor Azua Ruslan

Saya Perkenalkan koleksi terkini di SARA Shopstyle Kids
Akan datang : Princess Palazo.
Sila klik link untuk ke blog SARA Shopstyle.

http://sarashopstyle.blogspot.com/

Jazakallah

Thursday, 8 May 2014

Koleksi Terkini di SARA Shopstyle - Princess Cut Dress

Teks : Nor Azua Ruslan

Saya Perkenalkan koleksi terkini di SARA Shopstyle Kids
Akan datang : Princess Cut Dress.
Sila klik link untuk ke blog SARA Shopstyle.

http://sarashopstyle.blogspot.com/

Jazakallah

Wednesday, 7 May 2014

Pelancaran Blog SARA Shopstyle

Teks : Nor Azua Ruslan



Hari ini dengan rasminya bermula satu lagi perjalanan baru dalam penulisan blog untuk kedai online saya, SARA Shopstyle. 


Asalnya kedai saya ini beroperasi secara online di website http://www.sarashopstyle.com.my/. Website sedang dalam proses rekabentuk dan ubahsuai bagi melancarkan koleksi terbaru serta rebranding syarikat SARA Shopstyle secara keseluruhannya. 

Kini, saya memulakan tapak baru di blog bagi tujuan berkongsi tentang koleksi terkini atau bercerita tentang rekaan terbaru produk saya. Baca lanjut di http://sarashopstyle.blogspot.com/. 



Jazakallah.