Tuesday 13 May 2014

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Nor Azua Ruslan

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) diasaskan oleh Pn. Masayu Ahmad. ABDR terdiri daripada kelompok wanita yang bekerja dari rumah mahupun wanita yang masih berkerjaya. Saya sendiri merupakan wanita yang berkerjaya juga seperti anda. Tujuan saya menyertai akademi ini adalah sebagai persediaan untuk saya bekerja dari rumah kelak. Di sini, anda boleh bergabung dengan lebih 800 ahli akademi yang semuanya menggunakan medium blog sebagai tapak untuk berkongsi maklumat, membina bisnes dan networking

Ahli akademi bertambah dari semasa ke semasa. Fenomena wanita yang mahu berkerja dari rumah semakin hari semakin rancak dan uniknya pengambilan ahli akademi berjalan sepanjang masa. Akademi ini merupakan jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


Jom jadi blogger ABDR

Keahlian Akademi Bekerja Di Rumah adalah dengan menyertai mana-mana kelas berikut yang beroperasi sepenuhnya secara online : 

1.0 KELAS ASAS BLOG
1.1 Kelas Asas Blog dan Penulisan  
1.2 Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes 

2.0 KELAS BERIKLAN DI mudah.my
3.0 KELAS PENULISAN KREATIF
5.0 KELAS URUS NIAGA AKAUN BISNES KECIL WAHM SOHO


Operasi Kelas Asas Blog

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan tutorial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia, masanya fleksibel.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Tugasan Kelas Asas Blog :
  • Kelas Asas Blog dan Penulisan 10 langkah mudah
  • Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes : 16 langkah mudah
Baca lanjut ulasan peribadi saya tentang Ulasan Kelas Belajar Asas Blog


Produk & Perkhidmatan
  • Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi : Jika tiada produk dan perkhidmatan, kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai? 

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.


Mula mendaftar

Pertanyaan lanjut tentang Akademi Bekerja Di Rumah sila hubungi :


Facebook : NorAzua Ruslan
email : norazua.wawa@gmail.com
Whatsapp : 011 2628 7438


Jumpa anda di Akademi Bekerja Di Rumah
Jazakallah,

NOR AZUA RUSLAN

Pengurus Online,
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]

Designer, Decorator & Dressmaker

No comments:

Post a Comment