Teks : Nor Azua Ruslan
Sumber : Azura Abdullah
Antara eBook yang bakal terbit pada bulan Jun 2014 adalah eBook tulisan Azura Abdullah, guru online di ABDR. Mesjipun keluarganya ditimpa musibah kebakaran rumah, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan dalam perkongsian ilmu untuk memeberi manfaat kepada semua. Saya yakin ramai wanita di luar sama yang hebat-hebat. Yang memegang jawatan besar di tempat kerja namun masih punya kekuatan luar biasa untuk mengurus bisnes sampingan. Namun di sebalik suma tugas tersebut, tugas hakiki sebagai ibu dan suri tidak pernah diabaikan. Ketahui panduan dan baca perkongsian Pn Azura Abdullah yang punya pengalaman menjalankan bisnes sampingan semasa bekerja. Beliau adalah antara idol saya.
Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.
Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.
Semoga bermanfaat
Jazakallah
Jazakallah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROMOSI SAH SEHINGGA 20 Jun 2014:
Pre-Order eBook Bekerja dan Berniaga ini dari saya dengan harga RM50 sahaja
dan dapatkan PERCUMA eBook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Dapatkan 2 buah eBook ini dengan harga RM50
Jimat RM40.
(promosi sah sehingga 20 Jun 2014)
|
Harga eBook Bekerja dan Berniaga ini akan kembali kepada RM40 selepas 20 Jun 2014 TANPA eBook Percuma
Klik link untuk mengisi Borang Tempahan atau Whatsapp saya 011 2628 7438.
NOR AZUA RUSLAN
Pengurus Online,
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]
No comments:
Post a Comment