Friday 11 April 2014

Salam Perkenalan

Teks : Nor Azua Ruslan



Assalamualaikum w.b.t,

Salam perkenalan untuk semua. Alhamdulillah usai Solat Zohor di petang Jumaat yang penuh barakah ini saya memperoleh satu semangat yang luar biasa untuk memulakan penulisan saya di dalam blog baru yang masih dalam peringkat rekabentuk ini. 

Saya seorang yang suka merekabentuk. Sejak kecil, saya suka membuat binaan menggunakan kusyen sofa dan merekabentuk lego. Ya, lego adalah permainan yang paling saya minati sehingga sekarang. Semasa saya berusia 5 tahun, ibu saya membelikan saya set lego berkotak lengkap dengan tangkai untuk saya bawa ke mana-mana. Saya masih ingat set logo tersebut adalah set rumah lengkap dengan pintu, tingkap, bumbung, pagar, pokok bunga, dan lengkap dengan sebuah keluarga comel ibu, ayah dan anak!  Justeru, saya kurang pandai bersosial kerana lebih suka bermain sendiri. Walaubagaimanapun, bidang dan kerjaya senibina yang saya ceburi sekarang banyak mengubah personaliti saya menjadi seorang yang peramah, mudah mesra dan banyak cakap. Ha! Itulah sebabnya saya nak berceloteh di blog ini ye.

Sejak kecil saya suka bergaya. Mungkin kerana ibu saya waktu itu minat menjahit dan selalu menyiapkan saya gaun-gaun yang cantik. Saya menjadi model cilik ibu saya. Justeru, minat itu saya kekalkan sekarang dengan menjadikan anak sulung perempuan saya pula sebagai model untuk pattern dan rekaan yang saya hasilkan ketika belajar menjahit. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi bukan? Saya pernah menjual pakaian wanita ready-to-wear namun tiada kepuasan kerana kalau boleh saya mahu merekabentuk pakaian saya sendiri untuk dijual. 

Saya merupakan seorang isteri, ibu dan wanita yang berkerjaya dalam bidang senibina. Kerjaya senibina adalah kerjaya sepenuh masa saya buat masa ini. Suami saya pula seorang graduan ACCA yang memilih kerjaya sebagai Financial Advisor. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kewangan; Insurans dan Pelaburan. Justeru, saya menjadi mahir selok-belok Insurans kerana suami selalu berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau apabila berurusan dengan klien-klien. Saya juga penyokong dan pembantu tetap suami, berkebolehan menyediakan quotation untuk pelanggan.

Impian saya mahu menjadi wanita yang berkerjaya dari rumah atau nama glamournya WAHM. Seronok bukan, kalau boleh mendidik dan membesarkan anak di tangan sendiri? Saya tahu ramai di luar sana juga memasang angan-angan seperti saya. Anda tidak perlu rasa pelik atau janggal kerana itu adalah fitrah seorang wanita. Saya akan berkongsi sedikit sebanyak caranya jika anda memasang niat yang sama. 

Para pembaca sekalian, ilmu yang saya kongsikan di dalam blog ini adalah kurniakan Allah S.A.W. Justeru,  semua yang baik-baik datang daripada-Nya dan yang tidak baik adalah dari kelemahan saya sendiri.

Semoga bermanfaat.

Jazakallah

No comments:

Post a Comment