Teks : Nor Azua Ruslan
[TESTIMONIAL BENGKEL BRANDING NISA NUA]
26 Jun 2013
[TESTIMONIAL BENGKEL BRANDING NISA NUA]
26 Jun 2013
Saya
mula diperkenalkan tentang Working At a Home Mom (WAHM) melalui medium
Facebook. Waktu itu saya terbaca post tentang Pakej eBook. Salah satu tajuk
ebook yang menarik perhatian saya ialah WAHM SAHM SOHO. Kebetulan ketika
itu saya baru selesai bengkel menjahit, maka eBook Mula Bisnes Butik juga menarik
perhatian saya. Hati saya tertarik. Saya hubungi pemilik Aizmall Gedung Buku
Online. Pemiliknya Anys Idayu. Ramah dia melayan soalan-soalan saya. Sabar dia
melayan karenah saya. Anys kata kalau saya ambil pakej tersebut, saya akan
diberi percuma sebuah buku fizikal bertajuk Jana Wang Dari Rumah, hasil tulisan Pn
Masidayu Ahmad. Saya mengambil sedikit masa untuk buat
keputusan.
Imej: Pakej yang telah menawan hati saya.
27 Jun
2013
Sehari
kemudian, saya terbaca tentang eBook yang sama di Wall FB sahabat baik yang
saya kasihi Nisa Nua pula. Hati saya berbelah bagi. Allah, Nisa pun jual buku
yang sama juga. Nisa juga yang perkenalkan saya tentang kak Masidayu. Pelopor
Akademi Bekerja Dari Rumah. Mahu saja saya ubah fikiran untuk batalkan hasrat
membeli pakej eBook dari Anys, tapi saya tak tergamak. Saya rasa mungkin Allah
temukan saya dengan Anys dahulu kerana telah tertulis rezeki Anys dengan saya
pada hari itu.
Saya
hubungi Nisa dan ceritakan perasaan serba salah saya kepadanya. Saya memang selesa bercerita dengan Nisa. Entah kenapa, saya rasa risau
kalau-kalau dia berkecil hati jika saya tidak membeli pakej eBook yang sama darinya.
Tak silap saya waktu itu, mungkin sudah genap setahun Nisa letak jawatan
sebagai penjawat awam. Sudah lama saya tak bertemu dia. Terakhir kami bertemu
ketika saya baru seminggu berpantang. Dia pun sudah tinggalkan Bangi, berhijrah
ke Melaka. Sungguh, saya tidak tahu. Kalau saya tahu, mestilah awal-awal saya pilih Nisa.
Imbas
kembali Oktober 2011
Nisa
adalah orang yang saya hubungi dari jauh untuk saya minta pandangan apabila
mendapat tawaran bekerja di sektor awam. Waktu itu saya di Manchester. Lega
dapat bercakap dengan Nisa, saya buat keputusan serta-merta terbang
pulang ke tanah air untuk melapor diri sebagai tanda menerima tawaran jawatan
Arkitek di sebuah agensi teknikal di Malaysia. Nisa kata pada saya,
''Wawa lapor diri dulu, tangguh kemudian''. Nisa punya aura melegakan, setiap
bait perkataannya penuh motivasi. Saya kenali Nisa
sejak 2006. Kami rapat. Waktu itu Nisa menjalani latihan praktikal di firma
arkitek tempat saya bekerja. Kami selalu habiskan masa makan tengahari bersama.
Walaupun tempoh latihan praktikalnya singkat, hubungan kami masih berterusan.
SubhanaAllah, seperti yang saya jangka Nisa sedikit pun tidak berkecil hati. Malah Nisa terangkan lebih jelas tentang pakej kelas yang ditawarkannya selain
produk eBook. Sedikit tidak tercalar emosinya. Saya katakan padanya, tak
mengapa saya beli buku dari Anys, saya akan masuk kelas dengan Nisa.
01 Julai
2013
Anys
hubungi saya semula. Katanya promosi masih ada. Saya terus buat pembayaran dan
peroleh 2 buah eBook, link untuk belajar asas blog dan sebuah buku fizikal Jana
Wang Dari Rumah. Saya akan ulas buku-buku ini dan kongsikan dengan anda dalam
entri yang lain ya. Di sini saya nak ceritakan yang pengalaman saya hanya melalui
pembacaan sahaja, saya tidak praktikkan. Saya hanya membaca, tiada amali, tiada
perbincangan mahupun pertanyaan kepada penjual . Saya tidak nampak kepentingan blog dan
apa yang boleh saya manfaatkan daripadanya. Di sini adalah kekhilafan saya
sendiri, tiada kena mengena dengan penjual atau produk yang dijual. eBook tersebut padat dengan informasi tapi sayangnya saya tidak melihat dengan mata hati. Cadangan
saya, sekiranya anda mahu beli buku / eBook tersebut, ada baiknya jika anda
memilih untuk sertai kelas juga kerana melalui kelas, anda akan bergabung dengan
lebih ramai kawan-kawan dan anda akan dibimbing langkah demi langkah. Melalui kelas juga anda lebih bersemangat.
04 Mac
2014
8 bulan
berlalu dan saya semakin hari semakin sibuk dengan tugasan di pejabat. Kekangan
masa membuatkan saya lupa seketika persediaan saya untuk mencapai impian yang
saya idamkan selama ini. Tetapi 3 hari sebelum hari lahir saya, tergerak di
hati saya nak hubungi Nisa. Hari tu saya bulatkan azam untuk join kelas Nisa.
Malangnya kelas online Nisa dah ditutup. Ini kerana sambutan yang amat luar
biasa membuatkan beliau sibuk hingga memilih untuk buat bengkel / coaching satu
hari yang bersiaran secara langsung bagi bersemuka one to one dengan
anak-anak muridnya. Saya tidak kecewa kerana saya dah pasang niat nak sertai
bengkel Nisa walaupun waktu itu, tarikh bengkel belum ditetapkan. Saya tak
sabar nak jumpa Nisa waktu itu. Saya ajak sahabat yang lain namun hanya seorang sahaja yang betul-betul berminat.
06 April
2014.
Hari
yang ditunggu pun menjelma. Awal pagi saya dah hubungi Nisa bertanyakan
anggaran masa bengkel akan berakhir supaya suami yang menghantar boleh rancang
aktiviti dengan anak pada hari tersebut. Saya amat seronok pada hari itu. Saya
sampai di UTM KL dengan sedikit rasa sedih sebab bidadari kecil saya menangis
ketika berpisah dengan saya. Namun saya gagahkan hati dan sebaik keluar dari
pintu lif , Nisa seolah menyambut kedatangan saya (sedangkan Nisa waktu itu
sebenarnya menunggu seorang pegawai teknikal untuk memperbaiki sistem audio
visual di bilik seminar). Saya hadir dengan berbekalkan sedikit ilmu tentang
WAHM yang saya peroleh hasil dari pembacaan buku dan eBook, saya kosongkan
gelas dan bersemangat untuk menimba ilmu hari itu. Saya belajar banyak perkara
hari itu. Antranya saya rumuskan seperti di bawah :
· Setiap perkara
yang terjadi ke atas kita telah tertulis di luh mahfuz, tiada apa yang berlaku
secara kebetulan. Semua telah dirancang oleh Allah. Oleh itu, setiap apa yang
kita mahu lakukan, tanya Allah dulu. Hantar kertas cadangan kita kepada Allah
dan mohon supaya Allah permudahkan jalan kita atau tunjukkan kita jalan lain
yang lebih baik kerana Allah adalah sumber terbaik untuk kita dapatkan kepastian.
· Saya
juga belajar mengenai kebaikan penjenamaan di dalam perniagaan dan jenis perniagaan yang baik. Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang memberi perkhidmatan.
Dalam erti kata lain perniagaan yang membantu menyelesaikan masalah orang lain.
Saya belajar melihat masalah sebagai satu peluang yang boleh kita manfaatkan.
Bantu dan bantu. InsyaAllah bila kita bantu orang, Allah akan bantu kita.
· Saya
juga belajar tentang kembali kepada fitrah peranan hakiki seorang wanita di
dalam Islam. Saya sependapat dengan Nisa dalam hal ini dan ini adalah perbincangan dan
perbualan yang kerap Nisa utarakan sewaktu makan pagi dan tengahari sepanjang
saya bekerja di bawah satu bumbung dengan beliau. Justeru, saya memasang impian
yang sama. Saya akui tidak semua wanita bersetuju dengan pendapat ini. Tapi topik
ini dirungkaikan tanpa kekerasan atau paksaan. Bersahaja dan santai. Nak tahu
lebih lanjut, boleh sertai bengkel ini ya. Anda jangan salah faham pula ya. Bengkel ini bukan bertujuan mengajak kita ramai-ramai berhenti kerja.
· Saya
belajar tentang bagaimana merancang kertas kerja dan apa isi kertas kerja yang
perlu ada bagi setiap perniagaan di dalam Fail Sulit. Saya belajar kepentingan
Fail Sulit ini dan manfaat daripadanya. Setiap Fail Sulit adalah istimewa dan custom to our on project. Malahan, boleh digunapakai untuk apa jua perancangan baru, bukan untuk perniagaan semata-mata.
· Topik
yang paling saya gemari adalah blog. Kerana blog telah membuka mata hati saya supaya
menggunakan medium atas talian dengan lebih bermanfaat. Saya belajar berkongsi
dan tidak lokek dalam ilmu. Nisa terangkan dengan teliti langkah demi langkah
dalam asas blog. Saya dapat kesedaran bahawa blog mudah diakses seluruh dunia tanpa
sempadan, alangkah sayangnya kalau kita tidak manfaatkan sepenuhnya.
11 April
2014
Saya
peroleh Semangat Baru. Saya bina blog setelah beberapa hari
tinggalkan bengkel. Risau pula kalau-kalau semangat luntur. Saya praktikkan apa yang saya belajar di bengkel dan rujuk
semula eBook yang telah saya beli tempoh hari. Sungguh, Allah telah hidangkan
semua depan mata saya. Saya perlu manfaatkan sebaiknya. Saya bersemangat, idea
mencurah-curah, banyak entri kosong yang saya rancang tajuknya dan pecahan
tajuknya. Saya mohon Allah beri saya kekuatan supaya beristiqamah dalam
menulis. Niat saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang sekelumit kecil
ini dengan pembaca dan berharap agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Hasil dari
bengkel yang saya hadiri, saya amat menggalakan agar pembaca yang saya kasihi
sekalian juga membina dan menulis di dalam blog. Blog adalah kisah kehidupan
kita. Coretan di dalam blog adalah peninggalan kita kelak. Tulislah yang
baik-baik sahaja. Yang tidak baik, kita ceritakan dan mohon bantuan daripada
Allah. Semoga entri ini menjadi manfaat untuk semua.
Imej : Bergambar kenangan dengan Teacher Nisa.
Bengkel
Nisa di Melaka dan Kuala Lumpur dah selesai. Bengkel terakhir nanti di
Kelantan. Orang-orang Kelantan boleh sertai. Boleh berkenalan dengan
sahabat saya Nisa dan saya pasti anda tak akan rasa rugi. Boleh hubungi beliau seperti yang tertera di poster di bawah dan boleh mendaftar di blog bengkel beliau. Secara peribadi, saya
kagum dengan Nisa. Nisa kini menjadi sahabat, guru dan mentor saya. Semoga Allah
permudahkan perjalanan dan perjuangannya. Terima kasih Teacher Nisa.
Salam
penuh kasih sayang
NOR AZUA
RUSLAN
No comments:
Post a Comment