Tuesday, 13 May 2014

Ulasan eBook Panduan Mula Bisnes Butik

Teks: Nor Azua Ruslan
Sumber : Anys Idayu Zakaria

Buku ini sangat berguna kepada mereka yang bercita-cita memulakan bisnes butik. Secara peribadi, saya menjadikan buku ini panduan untuk bisnes butik SARA Shopstyle saya. Saya gabungkan ilmu ebook Belajar Asas Blog dengan buku ini dalam mengendalikan bines butik saya. Jom baca lanjut ulasan buku ini :



Bagi yang minat menjahit, minat mereka pakaian, minat menjual kelengkapan dan aksesori anak-anak, saya pasti ada juga berangan-angan dan mempunyai impian untuk membuka dan memiliki butik sendiri. Apa kata baca sedikit ulasan pembaca mengenai Ebook Mula Bisnes butik offline / online ini. Semoga dengan memilik ebook ini dapat memberi sedikit gambar sebenar bagaimana untuk menguruskan butik


Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online  boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak  dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.

Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, eBook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. eBook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri  dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.
Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam  dalam eBook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki eBook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.


Semoga Bermanfaat

Jazakallah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ISI KANDUNGAN eBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran 
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan

3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal

4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes 

7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran 

8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran 
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran

Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan 

Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Dapatkan eBook Panduan Mula Bisnes Butik ini dari saya dengan harga RM50 sahaja. 

Klik link untuk mengisi Borang Tempahan atau Whatsapp saya 011 2628 7438.
Klik untuk kembali ke Koleksi eBook
Beli eBook ini dengan harga pakej. Lihat  Pakej eBook atau Pakej Kelas Online

NOR AZUA RUSLAN
Pengurus Online,
[ Akademi Bekerja Di Rumah ]