Friday 9 May 2014

Soalan Kaji Selidik Bersama Pengasas ABDR

1. Perkenalkan diri, nama penuh mengikut ic, umur, email, fanpage, blog jualan, page jualan dan juga apa sahaja berkaitan bisnes:

Nama : Nor Azua binti Ruslan
Umur :  32 Tahun
Email : norazua.wawa@gmail.com
Blog : http://norazuaruslan.blogspot.com/

Nama Bisnes : SARA Shopstyle 
Produk : 1. SARA Shopstyle Kids - Perkhidmatan / produk jahitan dress kanak-kanak 
              2. SARA Shopstyle Deco - Perkhidmatan dekorasi dan rekaan perabot /aksesori hiasan 
Fanpage : https://www.facebook.com/SARA.Shopstyle
Blog jualan : http://sarashopstyle.blogspot.com/
Website : http://www.sarashopstyle.com.my/

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Lampiran gambar bisnes, 1 hingga 10 untuk memudahkan saya promo bisnes tuan puan.

2.1 SARA Shopstyle Kids
Menawarkan rekaan custom made dress, palazo dan fishtail blouse untuk kanak-kanak

2.1.1 Princess Cut Dress

2.1.2 Princess Palazo 

2.1.3 Princess Fishtail Blouse (belum dilancarkan)


2.2 SARA Shopstyle Deco
Menawarkan perkhidmatan rekabentuk dekorasi dan produk perabot /aksesori hiasan rekaan peribadi
(belum dilancarkan)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Boleh cerita bagaimana pengalaman memulakan bisnes ini?

SARA Shopstyle ditubuhkan pada 07 Mac 2013 dan pertama kali didaftarkan di SSM pada 28 April 2014 sebagai SARA Shopstyle Enterprise. Didaftarkan sebagai saurikat yang menjual pakaian secara online. Mula menjual koleksi pertama SARA Shopstyle Women pada 09 April 2014 yang terdiri daripada palazo dan blaus chiffon. Koleksi ini adalah koleksi Ready-To-Wear, bukan rekaan sendiri.

SARA Shopstyle mula beralih kepada produk rekaan peribadi apabila mendapati sambutan untuk produk ready-to-wear kurang memberangsangkan. Justeru, SARA Shopstyle mula menyepi kerana melengkapkan kepakaran dengan menimba ilmu jahitan. Tahun ini SARA Shopstyle berharap akan bersinar kembali dan akan fokus kepada perkhidmatan / produk SARA Shopstyle Kids dan SARA Shopstyle Deco.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Apakah ketegori bisnes tuan/puan. Bisnes fizikal/offline, iks atau pemilik bisnes online yang mempunyai SOHO di rumah. Boleh jelaskan juga operasi kategori ini ya.

Sebelum ini bisnes SARA Shopstyle beroperasi secara online. Semua pesanan diterima melalui whatsapp dan wechat. Pesanan akan dipos 2 hari seminggu iaitu setiap hari Rabu dan Sabtu menggunakan perkhidamatan Pos Laju. Promosi dibuat melalui media Facebook Page dan Facebook peribadi. Gambar-gambar koleksi terkini dimuat naik dalam media Facebook, wechat dan website.

Selepas ini website SARA Shopstyle akan menjalani kerja-kerja rekabentuk dan ubahsuai. Saya bercita-cita mengubahsuai website SARA Shopstyle supaya mempunyai interface e-commerce bagi memudahkan urusan jual beli di website.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Kongsikan pengalaman, cabaran, pahit manis sepanjang mengusahakan bisnes ini.

Semasa koleksi pertama dilancarkan, semua produk habis dijual. Walaubagaimanapun, setelah koleksi kedua pula berada di pasaran, sambutan kurang menggalakkan. Semangat berniaga saya mula luntur. Sewaktu saya mahu mengadakan Clearance Sale, anak saya demam panas. Saya membatalkan program saya bagi menjaga anak yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru. Akibatnya, stok saya tidak dijual dan saya mengalami ketugian. Lama saya patah semangat, sehinggalah saya menghadiri Bengkel Branding Nisa Nua. Saya kini bersemangat semula.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Apa kepakaran tuan-puan dalam bisnes yang diusahakan sekarang.

1. Kemahiran mengukur, melakar, mencantum dan menjahit 
2. Kemahiran dalam bidang senibina dan hiasan dalaman.
3. Kemahiran dalam membina asas blog
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7. Apa strategi yang digunakan dalam mengurus operasi?

1. Promosi : melalui Facebook Fanpage
2. Membina pengaruh : Berkongsi kepakaran dan menceritakan produk-produk terkini yang bakal dilancarkan di dalam blog. Mugkin ada pembaca yang bertukar menjadi pembeli
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Apa kaedah pemasaran yang digunakan. Sama ada online atau offline.
Kaedah pemasaran yang digunakan adalah secara online.
1. Blog : Menarik minat pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentan produk terkini dengan meletakkan gambar terkini produk beserta peneranagan ringkas sahaja. Maklumat lebih lanjut (contoh; harga, saiz) tidak dipaprkan bagi memberi elemen 'surprise'. Ini bagi menggalakkan pengunjung datang kembali

Blog juga digunakan sebagai medium untuk memberi panduan tentang rekabentuk, dekorasi dan jahitan. Pembaca dihidangkan dengan informasi dan perkongsian melalui projek-projek DIY. Ini kerana saya bukan hanya menggalakkan pembaca bertukar menjadi pembeli tetapi juga merangsang minat yang sama untuk pembaca praktikkan. Mungkin pembaca tidak mmenjadi pembeli, tetapi pembaca menjadi penulis blog yang berkongsi kepakaran masing-masing pula.

2. Facebook : Berkongsi entri tentang 'sneak peak' produk terbaru yang berkenaan bagi menambah bilangan pembaca di kalangan rakan-rakan, rakan melalui rakan dan orang ramai. Pemasaran secara tidak langsung berlaku apabila rakan berkongsi entri di wall masing-masing. Trafik ke blog akan bertambah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Boleh kongsikan kejayaan bisnes yang diusahakan ini.

Bisnes ini Bangkit Semula pada tahun ini sejurus menghadiri Bengel Branding Nisa Nua. Blog SARA Shopstyle mula beroperasi pada 07 Mei 2014, manakala koleksi pertama Princess Cut Dress mula dilancarkan pada 08 Mei 2014. Koleksi seterusnya, Princess Palazo akan dilancarkan kelak. Walaupun ilmu meniaga saya cetek, namun saya peroleh kekuatan dan semangat. Semangat inilah yang mendorong saya untuk maju langkah demi langkah ke hadapan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. Apa kemahiran yang diperlukan dalam mengusahakan bisnes ini?

1. Kemahiran Mengurus Kewangan Syarikat (Modal, Untung Rugi)
2. Kemahiran Menjahit
3. Kemahiran Seni dan Senibina Hiasan Dalaman
4. Kemahiran Berkomunikasi
5. Kemahiran Teknologi Maklumat (membina blog, fanpage, dsb.)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11. Apa bengkel/seminar yang pernah atau telah tuan puan hadiri untuk memajukan lagi bisnes yang diusahakan.

1. Kursus Pengurusan dan Perancangan Kewangan, Syed Abd Aziz Al Qubra
2. Bengkel Branding , Nisa Nua
3. Seminar Berani Berniaga, Dr Azizan Osman

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12. Bagaimana cara yang digunakan untuk mengekal pelanggan dan menarik pelanggan baru.

1. Kad/No. Keahlian
2. Diskaun untuk ahli bagi setiap pembelian
3. Penghantaran percuma bagi setiap pembelian RM100 ke atas
4. Pelanggan baru dapat kod promosi diskaun 10%
5. Perkongsian projek-projek DIY mengajak pembaca sama mencuba 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13. Apa kumpulan sokongan yang tuan/puan pernah sertai?

1. Akademi Bekerja Di Rumah
2. Group Belajar Asas Blog, Cikgu Nisa Nua
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14. Adakah tuan puan menawarkan peluang bisnes kepada usahawan lain. Sekiranya ada boleh kongsikan di sini, memudahkan saya untuk menguar-uarkan.

SARA Shopstyle mengalu-alukan pereka tempatan untuk berkolabrasi dengan syarikat kami bagi menambahbaik produk dan mempopularkan produk.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15. Bagaimana cara yang digunakan untuk mengekal pelanggan dan menarik pelanggan baru

sama seperti soalan no. 12

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16. Bagaimana tuan puan menjadikan bisnes yang diusahakan unik berbanding pesaing.

Rekaan koleksi di SARA Shopstyle KIDS adalah sedikit unik berbanding pakaian ready-to-wear di pasaran kerana mempunyai sentuhan reakaan peribadi. Begitu juga dengan rekaan produk di SARA Shopstyle Deco.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17. Sekiranya ada apa-apa lagi yang mahu dikongsikan selain soalan di atas dipersilakan.

SARA Shopstyle ditubuhkan sebagai persediaan saya untuk menjadi WAHM di masa akan datang. Saya bercita-cita menjadikan perniagaan ini sebagai perniagaan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Anatara cita-cita saya adalah menubuhkan SARA Shopstyle Academy bagi membantu orang ramai dalam kelas jahitan. Saya juga bercita-cita menjalankan program SARA Shopstyle Community yang akan terlibat dalam program-program pro borno / khidmat masyrakat. SARA Shopstyle berkeinginan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui projek-projek komuniti seperti pembangunan surau, penambahbaikan fasiliti surau dan sebagainya. Mohon doa guru-guru dan rakan-rakan di ABDR untuk mendoakan sama ya. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan, semoga bisnes tuan/puan sekalian sukses, berjaya dunia dan akhirat.

Saya ucapkan jutaan terima kasih juga kepada Kak Mas dan Guru-guru online di ABDR, terutama kepada guru & sahabat baik saya Nisa Nua. Berkat tunjuk ajar dan sokongan semua, saya peroleh kekuatan untuk bangkit berniaga semula sebagai persediaan untuk menjadi WAHM kelak.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19. Boleh emailkan jawapan terus ke masayu2010@gmail.com

Baik Kak Mas, saya dah email. Terima kasih.

Salam Sayang,

Nor Azua Ruslan 

No comments:

Post a Comment