Friday 9 May 2014

Tips Dekorasi Dinding Feature Wall

Teks : Nor Azua Ruslan

[ TIPS Dekorasi Dinding Feature Wall ]

Simbolik Kenangan Peribadi
Jadikan apa-apa barang kenangan manis keluarga anda sebagai perhiasan / aksesori di dinding feature wall anda . Ia boleh jadi potret, frame bergambar , potteries dan glasswares kesayangan yang anda beli semasa melancong, memoribilia plate yang anda kumpul dari setiap negara yang anda lawati atau mungkin mesin taip lama peninggalan atuk anda. Semuanya ada nilai, iaitu kenangan. Kenangan setiap orang berbeza. Jadi abadikan juga kenangan anda dengan cara yang berbeza.

Imej : Potteries dan glasswares

Imej : Memoribilia Plates

Imej : Mesin taip antik 

Imej : Frame bergambar

Imej : Simbolik travelog peribadi


Nota kaki : Sumber semua imej di atas adalah Google

Syukur Alhamdulliah saya pernah diberi kesempatan oleh Allah SAW untuk menetap di luar negara selama 3 tahun. Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua aktiviti hujung minggu semasa menetap di sana. Waktu itu hanya ada saya dan suami, bidadari kecil kami masih belum lahir. Hujung minggu adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana kami suka ke car boot saleCar boot sale ini umpama bazaar barangan terpakai. Saya ingin ceritakan tentang pembelian sebuah barang dari car boot sale yang paling kami sayang dan masih kami simpan di kediaman kami sekarang. Ia menjadi simbol kenangan manis sepanjang kami menetap di Manchester, United Kingdom.


Imej : Fireplace yang dibeli dari car boot sale di Chelford, Stockport.
Sumber : Koleksi peribadi penulis


Kekadang ada tetamu yang datang bertanya kenapa fire place? Kita kan negara beriklim panas? Apa gunanya? Saya hanya senyum kerana hanya saya dan suami memahami kisah fireplace tersebut. Ia adalah kenangan manis kami semasa menetap di luar negara. Tahukah anda harganya cuma 20 pound dan kami terpaksa bersaing dengan satu lagi pasangan British yang jatuh hati dengan fireplace tersebut? Hanya kerana pasangan tersebut pergi sebentar untuk mempertimbangkan keputusan samada nak beli atau tidak. Sebentar itulah fireplace itu menjadi rezeki kami. Foto menunjukkan suami saya gigih membawa masuk fireplace ke rumah kami di 468 The Beeches, Manchester. Fireplace itu kini menjadi penghias dinding feature wall kami di Malaysia sekarang. Kami baru sahaja berpindah ke kediaman baru. Nantikan projek dekorasi dinding feature wall dengan penghias fireplace ini.

Jazakallah

No comments:

Post a Comment